Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

15 Majlis Bandaran PAP tawar rebat 15% selama 4 bulan bantu peniaga, penjaja

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

15 Majlis Bandaran PAP tawar rebat 15% selama 4 bulan bantu peniaga, penjaja

Jun 01, 2020 | 12:45 PM



KESEMUA 15 Majlis Bandaran yang ditadbir Parti Tindakan Rakyat (PAP) akan menyediakan rebat bagi bayaran Khidmat dan Penyenggaraan (S&CC) sebanyak 15 peratus untuk kedai dan penjaja selama empat bulan.



Rebat ini adalah untuk Julai hingga Oktober ini.



Dalam kenyataannya, Pengerusi Penyelaras untuk kesemua 15 Majlis Bandaran PAP, Dr Teo Ho Pin berkata, wabak Covid-19 telah menjejas operasi banyak kedai HDB dan penjaja di kawasan perumahan. 



"Kehidupan pengusaha dan pekerja mereka, banyak di antaranya adalah penduduk HDB, telah terkesan teruk, dengan ada yang menghadapi kemungkinan menghentikan perniagaan dan kehilangan pekerjaan," katanya.



Sehingga Mei lalu, terdapat 16,008 kedai dan 10,074 gerai pasar & makanan di bandar yang diuruskan oleh 15 Majlis Bandaran PAP. 



Keseluruhan nilai rebat yang diberikan berjumlah hampir $3 juta.



"Kami berharap ia dapat memberi sedikit kelegaan kepada pengusaha kedai dan penjaja agar mereka dapat mengatasi cabaran yang ditimbulkan oleh Covid-19 dan meneruskan perniagaan dan pekerjaan untuk manfaat penduduk estet perumahan kita," kata Dr Teo dalam kenyataan itu.



Untuk pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi PRM Majlis Bandaran Holland-Bukit Panjang, Cik Regina Ang, melalui e-mel di mailbox@hbptc.org.sg atau talian 6416-7955.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >