WALAUPUN Singapura sebuah negara sekular, kegiatan berkaitan halal, termasuk makanan dan industri, semakin berkembang pesat sejak beberapa tahun lalu.
Malah perkembangan terutama dari segi mutu makanan halal dan keyakinan pengguna adalah lebih baik daripada sesetengah negara di rantau ini dan banyak lagi negara lain, kata Setiausaha Parlimen (Kesihatan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.