ANUGERAH Perniagaan Sedang Berkembang (EE) anjuran akhbar The Business Times (BT) dan OCBC akan membantu finalis mempersiap firma masing-masing bagi menghadapi ekonomi masa depan.
Antara lain, jawatankuasa penganjur akan membantu peniaga memilih amalan terbaik bagi melaksanakan e-dagang sejajar usaha pemerintah menggalak syarikat kecil dan sederhana (SME) membangun keupayaan digital.