PERSEKUTUAN Perniagaan Singapura (SBF) telah menyarankan agar diteroka peri perlu mengadakan undang-undang atau rangka kerja sewa adil di sini bagi melindungi syarikat kecil dan sederhana (SME) yang berhadapan dengan masalah sewa.
Ini kerana SME berasa kontrak sewa mereka tidak adil memandangkan ia lebih banyak melindungi kepentingan pemilik kedai atau bangunan.