Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Cabaran niaga F&B, runcit di CBD

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Cabaran niaga F&B, runcit di CBD

Ada niaga timbang pindah lokasi, cara lain demi terus menakat
Jul 22, 2020 | 05:30 AM



PERNIAGAAN makanan dan minuman (F&B) dan runcit di kawasan pusat bandar (CBD) yang bergantung kepada pekerja di kawasan itu perlu menyesuaikan jangkaan mereka atau beralih ke tempat lain untuk menakat.



Wabak koronavirus yang menyebabkan ramai pekerja masih bekerja di rumah, telah menjejas perniagaan di kawasan seperti Raffles Place dan Shenton Way sehingga menjadikan kawasan itu agak sepi.



Skim-skim bantuan pemerintah yang diumumkan dalam empat Belanjawan lalu bagi membantu para peniaga yang bakal berakhir pada bulan depan dan September, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan beberapa peniaga sama ada mereka dapat terus bertahan, menurut beberapa peniaga F&B dan runcit yang ditemui Berita Harian.



Beberapa peniaga menyatakan mereka telah melakarkan strategi baru untuk menutup perniagaan bagi mengurangkan kos dan mengalihkan perniagaan ke dalam talian atau ke kawasan lain yang lebih rancak.



Pemilik kedai Isrida Silk & Tie Collections, Encik Shaik Mohamed Abdul Razak, yang mempunyai kedai menjual tali leher di tingkat dua The Arcade sejak 30 tahun lalu, memutuskan untuk menutup satu-satunya kedainya itu akhir bulan depan.



"Macam mana nak tahan jika dalam satu hari hanya dua pelanggan datang? Kalau dulu, saya boleh mendapat sehingga 50 pelanggan. Krisis Covid-19 ini memang paling buruk yang pernah saya lalui. Memang sedih hendak menutup kedai ini tetapi saya tiada pilihan,'' keluh Encik Shaik Mohamed, 75 tahun.



Menurutnya, bantuan pemerintah seperti Skim Pelepasan Pendapatan Bagi Individu Bekerja Sendiri (SIRS) dan pengecualian sewa membantu tetapi ia tidak cukup bagi menampung kos niaga.



Selepas menutup kedainya, beliau merancang untuk membuka perniagaan dalam talian dan menggunakan wadah seperti Facebook Live dan Instagram bagi menjual produknya itu.



Bagi peniaga muda, Encik Muhammad Asyraf Mohamed Rasheed, 27 tahun, beliau juga mengambil keputusan menutup kedai makannya, Asyraf's Halal Corner, di Shenton Way, April lalu.



"Daripada menanggung lebih banyak kerugian, saya menutup sahaja perniagaan itu sebelum ia bertambah parah. Pelanggan telah banyak berkurang kerana ramai yang bekerja di rumah sedangkan perniagaan kami hanya bergantung kepada pekerja yang bekerja di kawasan itu,'' ujar Encik Asyraf, yang membuka perniagaan itu satu setengah tahun lalu atas dorongan anggota keluarganya yang banyak membantu.



Kini, anak muda itu bertekad meneruskan perniagaannya walaupun secara kecil-kecilan di sebuah gerai di Blok 527 Bedok North.



Selepas membuka kafenya dalam fasa kedua selepas tempoh pemutus rantaian jangkitan, pemilik kafe Royz Et Vous, Cik Widyanty Mohd Yusope, juga menyatakan penjualan merosot.



"Dulu, masa makan tengah hari, tempat saya penuh dengan pelanggan tetapi kini tidak lagi. Paling banyak, lima meja terisi,'' katanya, mengenai kafenya yang terletak di Telok Ayer Street itu.



Beliau melahirkan harapan perniagaannya akan bertambah baik hasil pemasaran yang dipergiat bagi menarik pelanggan umum yang tidak bekerja di kawasan itu untuk menjamu selera di sana di samping meningkatkan khidmat penghantaran melalui tempahan dalam talian.



Laporan lanjut: Suasana sepi, pusat makanan belum saksikan barisan panjang






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >