SHANGHAI: China kelmarin berkata ia akan "mengambil tindakan balas" selepas Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, mengumumkan tarif baru terhadap import China bernilai AS$200 bilion ($274 bilion) minggu depan.
"Untuk melindungi hak dan kepentingan sah dan urusan perdagangan bebas sejagat, China tidak mempunyai pilihan kecuali mengambil tindakan balas serupa," kata kementerian perdagangannya dalam satu kenyataan, yang tidak menyebut ancaman terdahulu akan mengenakan tarif tambahan terhadap import Amerika bernilai AS$60 bilion jika Washington mengenakan tarif baru.