Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Covid-19: Pekerja Citi Singapore terima bantuan wang tunai $1,200 bulan ini

Apr 09, 2020 | 05:16 PM



CITI Singapore akan memberi $1,200 seorang kepada sekitar 1,600 pekerjanya sebagai pampasan khas demi meringankan mereka daripada tekanan ekonomi akibat Covid-19.


Langkah itu dijangka menelan belanja $2 juta.


Pampasan khas itu adalah untuk kakitangan dengan gaji tahunan tidak melebihi $70,000, kata bank itu Khamis (9 April).


Ini melibatkan kira-kira seperempat daripada pekerjanya di Singapura.


Jumlah $1,200 itu akan dimasukkan ke dalam akaun Citibank mereka bulan ini.


Citi juga menyediakan faedah tambahan kepada pekerjanya di Singapura seperti perlindungan insurans percuma dari AIA, serta kadar korporat pilihan untuk perkhidmatan teleperundingan perubatan di Whitecoat, sebuah penyedia penjagaan kesihatan digital.


Langkah-langkah itu adalah sebahagian daripada daya usaha global untuk membantu pekerja di tengah-tengah keadaaan koronavirus yang akan melihat lebih 75,000 pekerja Citi meraih manfaat daripada pampasan khas itu, kata bank tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >