SEBELUM melanjutkan pengajian ke peringkat diploma, Encik Wan Muhammad Ismail Wan Mahmood tidak mempunyai sebarang pilihan sendiri mengenai bidang yang ingin diceburinya.
Sebagai seorang pelajar yang bakal melangkah ke alam pascasekolah menengah, Encik Ismail, 20 tahun, keliru dan tidak pasti mengenai kursus yang harus diambil bagi melanjutkan pelajarannya.