Data pelanggan Sephora di beberapa negara termasuk S'pura bocor
Jul 31, 2019 | 05:30 AM
SYARIKAT peruncit kecantikan antarabangsa, Sephora mengakui bahawa terdapat kebocoran data maklumat dalam talian yang menjejas pelanggan di Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, New Zealand dan Australia.
Kelmarin, syarikat itu yang mempunyai 12 cawangan di Singapura mengeluarkan satu notis kepada pelanggan dalam talian yang menyatakan kebocoran itu diketahui sejak dua minggu lalu.