TIDAK seperti ramai individu berusia 60-an tahun yang 'menjauhkan diri' daripada teknologi, Syed Ahmad Lotfi, 66 tahun, menerima teknologi dengan tangan terbuka dalam tugasannya selaku seorang pakar pengedaran di sebuah syarikat rantai bekalan e-dagangan.
Sikapnya yang positif dan minda yang terbuka membolehkan datuk empat cucu itu menjalankan tugasannya - yang memerlukan beliau menggunakan aplikasi bimbit - dengan lancar dan baik.