Dolar S'pura dianggap mata wang selamat

KEADAAN iklim pelbagai mata kewangan negara rantau Asia yang semakin tidak menentu telah menyebabkan dolar Singapura semakin dilihat sebagai mata wang yang selamat dan selesa di merata negara Asia, kata pegawai strategi kewangan Credit Suisse, Encik Heng Koon How.

Ini kerana walaupun terdapat hampir sifar inflasi, dolar Singapura kekal disokong oleh lebihan akaun semasa yang lasak, regimen fiskal yang berdisiplin, simpanan wang asing yang kukuh, serta kadar kredit asing yang mantap, ujarnya.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan