NILAI dolar Singapura kukuh semalam selepas Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengambil langkah memperlahankan kadar peningkatan mata wang itu bagi mendorong pertumbuhan ekonomi negara.
Selepas pengumuman itu, dolar Singapura meningkat ke paras tertinggi sejak sebulan lalu mencapai $1.3903 berbanding sedolar Amerika Syarikat, berbanding $1.4011 apabila ditutup kelmarin.