Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

DPPMS alu-alu Skim Sokongan Kerja yang dipertingkat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

DPPMS alu-alu Skim Sokongan Kerja yang dipertingkat

Apr 06, 2020 | 08:53 PM



DEWAN Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) menyambut baik Belanjawan Kesepakatan terutama Skim Sokongan Kerja (JSS) yang penting dalam membantu kesinambungan perniagaan dan melindungi pekerja dalam tempoh ‘pemutus litar’ yang bermula Selasa (7 April).


Badan induk perniagaan Melayu itu menyatakan peningkatan bagi Skim Sokongan Kerja amat berguna kerana ia meluas mencakupi semua industri.


Di bawah Skim Sokongan Kerja yang ditingkatkan yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pada Isnin, pemerintah akan membayar 75 peratus daripada gaji bulanan kasar sehingga $4,600 pertama bagi setiap pekerja setempat bagi semua sektor bagi bulan ini.


Pemerintah akan juga memberikan pelepasan cukai pekerja asing bagi April dan rebat $750 bagi setiap pemegang permit kerja atau pas-S, rebat cukai hartanah dan peningkatan perkongsian risiko bagi pinjaman perniagaan.


Perkongsian risiko pemerintah dinaikkan daripada 80 peratus kepada 90 peratus bagi skim pinjaman seperti Program Pinjaman Sementara dan Pinjaman Modal Kerja SME.


Malah, peningkatan bagi skim berkaitan Individu Yang Bekerja Sendiri amat berguna bagi kebanyakan anggota DPPMS.


“Dewan amat menghargai Belanjawan Kesepakatan dalam mengharungi tempoh ‘pemutus litar’ ini dan menggalak anggota memanfaatkan geran dan skim yang perlu yang telah diperkenalkan. Sebagai respon masyarakat perniagaan Penularan Covid-19, DPPMS juga aktif dalam pasukan tindakan SGTeguhBersatu,’’ kata Presiden DPPMS, Encik Farid Khan, dalam kenyataan DPPMS pada Isnin.


Timbalan Presiden DPPMS dan Pengerusi Pusat SME @DPPMS, Encik Abu Bakar Mohd Nor berkata dewan telah mengambil langkah menyusun semula operasinya agar dapat mengoptimumkan capaian terhadap syarikat kecil dan sederhana (SME), terutama anggotanya, bagi mempercepatkan langkah mereka mendapat skim dan geran diberikan.


Wadah berbilang dibentuk sejak sebulan lalu bagi mendekati anggota dari segi interaksi peribadi, sesi rundingan anggota mingguan, sidang dalam talian dan perbincangan fokus bagi industri tertentu.


Dalam pada itu, Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) menyatakan bantuan tambahan pemerintah itu akan meredakan cabaran aliran tunai dihadapi syarikat dalam tempoh ‘pemutus litar’.


Sokongan tambahan itu memberikan pelepasan segera, langsung dan besar, meredakan setiap ‘kesakitan’ dialami perniagaan dalam bentuk tunai, kos dan kredit dalam tempoh mencabar ini, ujar kenyataan SBF pada Isnin.


SBF berharap pemilik hartanah akan mengalihkan rebat cukai hartanah sepenuhnya bagi membantu penyewa dalam aliran tunai mereka.


“Kita perlu bekerjasama dengan pemerintah untuk mengharungi dan menangani krisis ini. Mesejnya jelas: Syarikat perlu mengekalkan pekerjaan bagi melindungi pekerja kita dan kehidupan mereka,’’ kata pengerusi SBF, Encik Teo Siong Seng, dalam kenyataan SBF.


SBF akan terus menyokong perniagaan melalui skim ManpowerConnect SBF bagi membantu mereka memenuhi keperluan tenaga kerja, serta Dana SBF-YBLN Hope yang menyediakan sumber dana tambahan bagi SME.



Talian bantuan COVIDBiz Helpline disediakan bagi membantu syarikat yang ingin mengenai bantuan pemerintah mengharungi Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >