KORONAVIRUS
DPPMS seru ahli kelompok khidmat perkahwinan, acara patuhi syarat MOH
Dewan sediakan sumber bantu anggotanya dalam kelompok khidmat perkahwinan
ANGGOTA Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) yang menyediakan khidmat perkahwinan mengalami kehilangan pendapatan lebih 65 peratus akibat pandemik koronavirus Covid-19.
Dalam satu kenyataan DPPMS semalam, Kelompok Perkahwinan dan Acara badan induk itu menggalak anggotanya mematuhi syarat Kementerian Kesihatan (MOH), di samping membentangkan beberapa langkah operasi bagi menangani krisis tersebut.