SYARKAT farmaseutikal Switzerland, Novartis International AG, dan syarikat semikonduktor setempat, STATS ChipPAC Ltd, telah dinobatkan anugerah korporat tertinggi di Singapura atas sumbangan cemerlang mereka dalam pertumbuhan ekonomi Singapura dan menjana pekerjaan yang baik bagi warga tempatan.
Mereka mendapat anugerah Distinguished Partner in Progress (DPIP) daripada Timbalan Perdana Menteri, Encik Teo Chee Hean, semalam.