Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Ekon S'pura kuncup 13.2 peratus suku kedua 2020 berbanding tahun lalu, ramalan GDP dipotong

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ekon S'pura kuncup 13.2 peratus suku kedua 2020 berbanding tahun lalu, ramalan GDP dipotong

Aug 11, 2020 | 09:26 AM



SINGAPURA dijangka mengalami kemelesetan lebih teruk tahun ini berbanding yang dianggarkan sebelum ini akibat kelemahan ekonomi yang disebabkan kesan pandemik Covid-19 di dalam dan luar negara.



Menerusi satu kenyataan hari ini (11 Ogos), Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) meramalkan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) bagi tahun ini boleh menguncup 5 hingga 7 peratus.



Ini lebih rendah berbanding ramalan penguncupan 4 hingga 7 peratus sebelum ini.



Ekonomi suku kedua Singapura menguncup sebanyak 13.2 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.



Jumlah ini lebih teruk berbanding penguncupan 12.6 peratus yang dijangkakan



Menurut MTI, penguncupan GDP itu adalah akibat langkah pemutus rantaian jangkitan untuk membendung penularan Covid-19 yang dilaksana dari 7 April hingga 1 Jun lalu serta permintaan lemah dari luar negara di tengah-tengah kelembapan ekonomi dek pandemik itu.



Ekonomi Singapura juga menguncup 13.1 peratus berbanding suku sebelum ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >