PRESTASI ekonomi Singapura meningkat 2.2 peratus bagi suku kedua tahun ini berbanding setahun lalu setelah sektor pengilangan tumbuh buat kali pertama setelah susut sejak enam suku tahunan lalu.
Perangkaan awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) itu sejajar dengan ramalan pengamat dan lebih baik daripada pertumbuhan 2.1 peratus pada suku pertama.