MASYARAKAT Melayu/Islam boleh menimbang bekerja dalam industri keselamatan siber sedang industri itu menghadapi masalah ketandusan bakat yang tegar di Singapura dan juga dunia.
Lulusan politeknik dan universiti serta karyawan kejuruteraan dan teknologi maklumat boleh menimbangkan kerjaya dalam bidang yang pesat tumbuh itu, menurut beberapa karyawan Melayu/Islam dan pengamat industri.