ASEAN perlu mengekalkan dan memperkukuh pendiriannya sendiri dan tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak selain menggandakan usaha penyepaduannya supaya dapat menjadi rakan ekonomi berdaya maju dan menarik, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan (MTI), Encik Chan Chun Sing, semalam.
Berucap di Forum Asia dan Asean ke-12 Institut Ehwal Antarabangsa Singapura di Hotel Mandarin Oriental semalam, beliau menyentuh tentang tema forum itu, iaitu Konflik Sino-Amerika dan Asean: Bertahan, Berubah, Berjaya, lapor The Straits Times.