SINGAPURA boleh menampung sehingga empat rangkaian 5G, meningkat daripada dua rangkaian yang dirancang sebelum ini, dedah Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S. Iswaran, semalam.
Keempat-empat rangkaian itu boleh dilancarkan tahun depan, walaupun liputan 5G bagi seluruh negara akan mengambil masa lebih lama.