Penggunaan teknologi dalam perniagaan makanan dan minuman (F&B) semakin relevan hari ini sedang sekitaran perniagaan dan trend pengguna yang semakin berubah. Gesaan ini turut dibuat oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, dalam satu dialog dengan syarikat kecil dan sederhana (SME) anjuran Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) baru-baru ini. Berita Minggu meninjau dua peniaga yang mengambil langkah itu. ATIYYAH MOHD SAID (atiyyahm@sph.com.sg) melaporkan.
APABILA penjualannya mengalami kemerosotan tahun lalu, pemilik kedai yogurt, Encik Rushdi Ramli, mula risau di tengah-tengah sekitaran perniagaan yang berubah dan mencabar.