Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Eksport bukan minyak tumbuh tertinggi sejak lebih setahun lalu

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Ekonomi & Kerja
29
0

Eksport bukan minyak tumbuh tertinggi sejak lebih setahun lalu

ATIYYAH MOHD SAID
Jan 17, 2014 | 04:02 PM

EKSPORT domestik bukan minyak (NODX) Singapura mencatatkan pertumbuhan paling kukuh dalam masa setahun bulan lalu, didorong produk bukan elektronik.

Menurut perangkaan International Enterprise(IE) Singapore, NODX mencatatkan kenaikan 6 peratus pada Disember, selepas menyaksikan kemerosotan 8.9 peratus pada November.

Para pengamat telah meramalkan pertumbuhan sederhana 1 peratus sebelum ini.

IE Singapore berkata, pengiriman NODX bukan elektronik termasuk petrokimia dan struktur kapal, melonjak 10.6 peratus selepas susut 8.9 peratus pada November.

Ini sekali gus mengimbangi kemerosotan NODX elektronik yang susut 3.1 peratus berbanding Disember tahun lalu.

Kelakonan lebih lemah ini disebabkan oleh eksport bahagian komputer peribadi, peralatan telekomunikasi dan cakera yang semakin lemah, ujar IE Singapore.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3