KUMPULAN bank Malaysia, CIMB Group, dan dua bank domestik lebih kecil, RHB Capital Bhd dan Malaysia Building Society Bhd (MBSB), sudah mencapai persetujuan bergabung dan memohon kelulusan Bank Negara Malaysia bagi rancangan itu.
Menurut satu kenyataan bersama tiga bank itu semalam, perjanjian bagi penggabungan yang akan menghasilkan "penjana kewangan Asean utama dan bank Islam mega" itu dijangka selesai pertengahan tahun depan.