Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Gerbang kumpul maklumat peniaga di rumah henti niaga dek langkah pemutus litar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gerbang kumpul maklumat peniaga di rumah henti niaga dek langkah pemutus litar

Apr 28, 2020 | 05:30 AM



DEWAN Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) ingin mendapatkan maklumat para peniaga di rumah yang terjejas akibat langkah pemutus litar.



Maklumat itu diperlukan bagi menyelaras perbincangan yang sedang dijalankan DPPMS dengan pihak berkuasa untuk mencuba dan mencapai satu huraian mengenai hal itu, menurut Presiden DPPMS Encik Farid Khan.



Dewan mengundang peniaga mengisi maklumat dalam Gerbang Pengumpulan Data DPPMS di https://bit.ly/SMCCI-HomeBasedData yang akan diaktifkan bermula 9 pagi hari ini dan akan dibuka hingga 11.59 malam Khamis ini.



Antara maklumat diperlukan termasuk nama, alamat dan tempoh perniagaan mereka.



Dalam tempoh pemutus litar yang berakhir pada 1 Jun, perniagaan makanan dan minuman dijalankan di rumah perlu dihentikan.



"DPPMS sedang dalam perbincangan dengan pihak berkuasa relevan untuk mencuba dan mencapai huraian dalam hal ini. Bagi menyelaras perbincangan itu, DPPMS sedang mengumpulkan data dari Perniagaan Berpangkalan Di Rumah," kata Encik Farid, dalam kenyataannya.



Peniaga di rumah sama ada anggota Dewan atau tidak, boleh mengisi maklumat itu. DPPMS mempunyai sekitar 850 anggota dan sekitar 10 peratus menjalankan perniagaan di rumah.



Bermula 7 April sejak pemutus litar dilaksana, perniagaan makanan dan minuman dari rumah tidak boleh beroperasi, mencetuskan keprihatinan bahawa mata pencarian mereka terjejas.



Perniagaan makanan dan minuman dari rumah perlu berhenti operasi kerana memerlukan pemilik meninggalkan premis tempat tinggal atau memerlukan perkhidmatan pihak ketiga untuk menghantar barang.



Pelanggan juga tidak dibenarkan mengambil barang itu sendiri, menurut kenyataan bersama oleh Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR), Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) kepada Berita Harian (BH) Sabtu lalu.



Pesalah kali pertama akan dikenakan denda sebanyak $1,000, dan pesalah berulang akan menghadapi denda lebih tinggi atau dakwaan di mahkamah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >