Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Grab ramal ganda pendapatan kepada $2.75b pada 2019

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Grab ramal ganda pendapatan kepada $2.75b pada 2019

Sep 08, 2018 | 05:30 AM



GRAB Singapura menggariskan pelan penjanaan dana besar-besaran dan meramalkan kadar jualan akan naik seganda tahun depan yang sekali gus membuktikan bahawa syarikat pemula paling bernilai di Asia Tenggara berkembang pesat melampaui perniagaan aplikasi perjalanannya sedang ia meningkatkan persaingannya dengan Go-Jek dari Indonesia.



Pendapatan akan meningkat seganda kepada AS$2 bilion ($2.75 bilion) tahun depan ekoran langkah menggabungkan pemerolehan perniagaan serantau daripada Uber Technologies dan hasil perkongsian basikal kepada pembayaran digital.



Grab berada di landasan untuk meningkatkan pembiayaan sebanyak AS$3 bilion sebelum akhir tahun ini, kata pengasas bersama Cik Tan Hooi Ling dalam sidang puncak teknologi, 'Sooner Than You Think' anjuran Bloomberg di Singapura kelmarin.



Ini termasuk AS$1 bilion daripada Toyota Motor, pelaburan terbesar pengeluar kereta Jepun dalam khidmat kereta penumpang sejauh ini.



Grab berkembang pesat di seluruh Asia Tenggara yang mempunyai 600 juta penduduk - platform pengangkutan terbesar di rantau ini dan memanfaatkan saiznya selepas mengambil alih Uber.



Pembiayaan tersebut menimbulkan tekanan ke atas Go-Jek, yang telah mengumumkan rancangan memperluas perniagaan di luar Indonesia dan memasuki pasaran Singapura, Thailand, Vietnam dan Filipina.



Kini, ia sedang meneroka pelbagai bidang seperti penghantaran barangan runcit, kewangan dan penjagaan kesihatan, kata Cik Tan.



"Terdapat lebih banyak peluang berkembang berbanding rantau lain di dunia kerana teknologi belum benar-benar dapat mencorak kehidupan di rantau Asia Tenggara



"Bidang kedua terbesar ialah untuk meningkatkan kehadiran operasi kami di Indonesia,'' tambah Cik Tan.



Grab bergerak lebih pantas daripada Go-Jek yang berpangkalan di Jakarta, yang bermula sebagai penyedia khidmat tempahan teksi pada 2015 sebelum menceburi lebih daripada sedozen perkhidmatan pengguna yang membolehkan pengguna membayar bil, memesan makanan dan membeli tiket menonton wayang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >