Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Harga rumah privet jatuh lebih tinggi 1.5% pada Q3

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Harga rumah privet jatuh lebih tinggi 1.5% pada Q3

Oct 28, 2016 | 12:26 PM



HARGA rumah privet secara keseluruhannya jatuh 1.5 peratus pada suku ketiga tahun ini, daripada suku kedua, menurut data daripada Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dikeluarkan pada Jumaat (28 Okt).



Ini suku ke-12 berturut-turut harga jatuh berikutan beberapa langkah penyejukan hartanah yang mengurangkan permintaan bagi rumah privet dan kenaikan harga.



Kejatuhan harga pada suku Julai hingga September lebih tinggi daripada kejatuhan 0.4 peratus pada suku sebelumnya. Ia tidak berubah daripada anggaran awal yang dikeluarkan oleh URA awal bulan ini.



Jualan rumah privet baru (tidak termasuk Kondominium Eksekutif (EC)) berkurangan 12 peratus pada suku ketiga kepada 1,981 unit, daripada 2,256 unit pada suku kedua.



Penyewaan rumat privet juga berkurangan, sebanyak 1.2 peratus dalam tempoh Julai-September, berbanding penurunan 0.6 peratus pada suku sebelumnya, menurut data URA.



Kejatuhan lebih tinggi harga pada suku ketiga juga disebabkan perubahan cara yang digunakan URA untuk mengira indeks harga hartanah privet.



Harga rumah tanpa halaman di kawasan tengah jatuh 1.9 peratus, manakala yang di pinggir bandar dan subbandar jatuh 1 peratus.



Pemaju melancarkan 1,609 unit rumah privet belum siap (tidak termasuk EC) untuk dijual pada suku ketiga tahun ini, kurang kira-kira satu pertiga daripada 2,371 unit pada April hingga Jun lalu.



Pada akhir suku ketiga, terdapat sejumlah 43,6933 unit bekalan rumat privet belum siap (tidak termasuk EC) dalam perancangan, berbanding 47.250 unit pada suku sebelumnya.



URA berkata 20,577 unit masih belum dijual pada 30 Sep.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >