Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25

Hartanah privet pelaburan jangka panjang

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SIRI MENJANA KEKAYAAN MENERUSI HARTANAH

Hartanah privet pelaburan jangka panjang

Mar 18, 2018 | 05:30 AM



PERMINTAAN tinggi bagi kondominium Santorini di Tampines dan kondominium eksekutif (EC) Bellewoods di Woodlands sehinggakan kesemua unit habis terjual menimbulkan persoalan.



Siapakah sebenarnya yang membeli rumah privet itu?



Apakah yang mendorong minat tersebut?



Persoalan itu boleh dijawab apabila melihat harga rumah privet yang mula menunjukkan pemulihan.



Selepas harga rumah privet negatif selama 15 suku tahunan berturut-turut, harga rumah privet telah mulai meningkat pada suku ketiga tahun lalu, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Huttons Asia, Encik Goh Kee Nguan.



Tahun lalu, sebanyak 10,566 unit rumah privet dijual - jauh lebih banyak daripada 6,022 unit rumah privet dilancarkan.



"Ramai orang cepat-cepat beli rumah privet kerana bimbang harga akan terus meningkat,'' kata Encik Goh.



Pengarah Distrik Kanan Bersekutu Huttons, Encik Nizam Adli, berkata mereka yang membeli rumah privet bukan sahaja terdiri daripada pemilik flat HDB yang ingin membeli kondominium, malah juga pembeli rumah buat kali pertama yang menimbangkan membeli kondominium eksekutif (EC) yang lebih dimampui.



Malah, beliau mempunyai beberapa pelanggan Melayu/Islam yang membeli kondominium itu kerana yakin ia merupakan pelaburan jangka panjang yang boleh menjana peningkatan modal pada masa hadapan.



Di sebalik langkah sekatan meredakan pasaran hartanah seperti TDSR (Nisbah Bayaran Pinjaman Hutang) dan MSR (Nisbah Bayaran Pinjaman Rumah), pembeli masih ramai mencerminkan bahawa permintaan dalam pasaran amat tulen dan bukan bersifat spekulatif, ujar Encik Goh.



Permintaan daripada pembeli itu akan meningkat apabila lebih ramai pemilik rumah yang terlibat dalam penjualan kolektif en-blok mendapat wang mereka mulai Jun tahun ini, yang dianggarkan mencapai $12 bilion dari segi kecairan (liquidity).



"Sebelum lebih banyak persaingan daripada mereka, adalah lebih baik bagi mereka yang berminat membeli rumah privet membelinya sekarang,'' kata Encik Nizam.



Lagipun harga bidaan dibuat pemaju hartanah baru-baru ini menunjukkan bahawa harga rumah privet akan meningkat di hari muka.



Harga bidaan bagi projek EC Sumang di Punggol melebihi $1,000 bagi setiap kaki persegi (psf), sedangkan harga EC sebelum ini tidak pernah mencapai setinggi itu.



"Ia memberikan isyarat bahawa harga rumah privet yang akan dijual di masa hadapan adalah lebih tinggi.



"Jadi, kini masa terbaik untuk menimbangkan membeli rumah privet. Saya rasa masih belum terlambat bagi yang mahu membeli rumah privet,'' jelas Encik Goh.



Huttons, yang dibentuk 15 tahun lalu dan mempunyai 3,300 ejen, menawarkan pelbagai khidmat menyeluruh seperti menjual rumah privet yang baru dilancarkan, penjualan flat jualan semula, komersial dan perindustrian.



Huttons dikenali dalam industri pasaran privet kerana reputasinya yang baik dalam menjual projek-projek perumahan privet yang baru dilancarkan.



Ia menguasai 40 peratus daripada pelancaran rumah privet baru di Singapura - yang terbesar berbanding syarikat-syarikat lain.



Malah, sebanyak 10 peratus kondominium dipasarkan Huttons tahun lalu dapat dijual 100 peratus seperti EC Sol Acres di Choa Chu Kang Grove, Lakeville di Jurong dan EC Hundred Palms Residences di Yio Chu Kang.



Tahun lalu, perniagaan Huttons Asia berjaya tumbuh 60 peratus berbanding setahun lalu di sebalik pasaran perumahan yang lemah.



Untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai peluang dan pilihan dalam membeli rumah privet, Berita Harian dan Huttons buat julung-julung kalinya akan menganjurkan Seminar BH-Huttons Menjana Kekayaan Menerusi Hartanah pada 15 April di The Festive Arts Theatre, Our Tampines Hub (OTH).



Banyak topik menarik akan diketengahkan termasuk perkongsian Ustaz Tarmizi Wahid, pengasas dan CEO Safinah Holdings, mengenai penjanaan harta dari sudut agama dan Encik Azmi Zainal, seorang pengurus kanan, yang memiliki empat kondominium pada usia 40 tahun.



Mereka yang berminat menyertai seminar tersebut boleh mendaftarkan diri di http://huttonsgroup.com/events/.



Tiket berharga $15 bagi setiap peserta.



Namun, mereka yang mendaftar sebelum 26 Mac boleh menikmati harga istimewa $12 seorang atau $20 untuk pasangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >