MEXICO menawarkan destinasi pelaburan yang baik di Amerika Latin dan Caribbean yang boleh ditembusi syarikat Singapura, menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Perdagangan), Encik Lim Hng Kiang.
"Mexico merupakan ekonomi kedua terbesar di Amerika Latin, dan dengan kadar inflasi yang rendah dan ekonomi terbuka, ia terus menyambut baik rakan kongsi dagangan dan pelaburan," ujar Encik Lim, sempena lawatan rasminya ke sana.