SEPERTI apa yang dinyatakan Google dan Uber, China merupakan tempat yang sukar bagi firma teknologi baru sejagat tetapi ia juga merupakan satu lokasi yang menarik bagi firma Singapura yang mempunyai cita-cita tinggi, menurut agensi dagangan International Enterprise (IE) Singapore.
Agensi itu yakin firma teknologi setempat tidak harus terhambat oleh kenyataan bahawa lebih banyak syarikat gagal di China tetapi sebaliknya, mereka harus mengambil pendekatan lebih strategik.