MENTERI Perdagangan dan Perusahaan (Perusahaan), Encik S. Iswaran, sedang mengadakan lawatan ke Jakarta dan Medan, dari semalam hingga esok, bagi mengukuhkan hubungan ekonomi dengan Indonesia dan meningkatkan peluang perniagaan bagi syarikat Singapura di ekonomi terbesar Asia Tenggara itu.
Encik Iswaran akan bertemu Menteri Perbekalan dan Sumber Galian Indonesia, Encik Ignatius Jonan, dan Menteri Perindustrian, Encik Airlangga Hartarto, di Jakarta; dan Timbalan Gebenor Sumatera Utara, Ibu Nurhajizah di Medan, menurut kenyataan satu Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) semalam.