Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Jimat kos guna pejabat yang dikongsi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Jimat kos guna pejabat yang dikongsi

Jan 20, 2019 | 05:30 AM



SEJAK membentuk firma latihan peribadi, The Speaking Factory, jurulatih Hazriq Idrus selesa menggunakan pejabat yang dikongsi, Regus, setelah bekerja dari rumah.



Ia membolehkan beliau menggunakan pejabat Regus bila-bila masa sahaja tidak kira di mana beliau berada di Singapura.



Encik Hazriq pada mulanya menggunakan sebuah bilik di flatnya di Tampines St 11 sebagai pejabat bagi menjalankan perniagaannya.



"Saya kerap bertemu dengan pelanggan. Saya dapati apabila bertemu pelanggan seperti agensi pemerintah dan syarikat korporat di rumah, ia bukan sahaja nampak tidak profesional malah mengganggu ketenteraman keluarga saya.



"Setelah mengetahui mengenai khidmat rangkaian pejabat bersama, Regus, saya mendapatkan khidmat kemudahan pejabat di Regus yang terletak di Tampines Junction,'' kata Encik Hazriq, 41 tahun, yang menjalankan latihan seperti pemikiran rekaan, inovasi, kreativiti dan pembangunan peribadi bagi agensi pemerintah serta syarikat korporat.



Pelanggan beliau bukan calang-calang kerana beliau pernah atau masih memberi latihan bagi syarikat seperti BMW, Starhub, Institut Pengurusan Singapura (SIM) dan Kolej Perkhidmatan Awam.



Serasi dengan khidmat yang disediakan Regus, beliau kini menyewa ruang meja di bilik Regus yang dikongsi dengan firma lain.



Khidmat itu membolehkan beliau mendapatkan kemudahan lain seperti WiFi, alat pencetak dan bilik mesyuarat yang boleh digunakan sebagai anggota.



Regus menyatakan ia mengenakan harga sewa ruang pejabat daripada $13.20 setiap orang sehari bagi ruang pejabat yang dikongsi dan daripada $18.90 setiap orang sehari bagi pejabat yang berdekatan dengan tingkap.



Beliau memilih pejabat Regus di Tampines Junction yang terletak berdekatan dengan rumahnya, lantas membolehkan beliau meluangkan masa bersama keluarga seperti isterinya, Cik Nurul Huda Subahan, serta menghantar anaknya, Mohamad Rizzqi Hazriq, ke sekolah pada pagi hari sebelum ke tempat kerja.



Oleh sebab Regus mempunyai beberapa pejabat di serata Singapura, ia membolehkan Encik Hazriq menggunakan pejabat-pejabat itu jika mempunyai mesyuarat dengan pelanggan.



Malah, jika beliau ke luar negara, beliau boleh menggunakan 3,000 pejabat Regus di serata dunia.



Ini penting memandangkan beliau telah mula 'menebarkan sayap' ke luar negara.



Tahun lalu, Encik Hazriq mula memberikan latihan di Jakarta, Indonesia' Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, Malaysia; dalam Sidang Up Your Game bagi meningkatkan pembangunan peribadi.



"Pejabat yang dikongsi ini sesuai dengan khidmat perniagaan saya. Dalam tempoh jangka masa panjang mungkin lima tahun akan datang, saya merancang meluaskan perniagaan saya dan menyewa ruang sendiri lantas membolehkan saya mengadakan latihan di ruang itu,'' tambah Encik Hazriq.



"Saya kerap bertemu dengan pelanggan. Saya dapati apabila bertemu pelanggan seperti agensi pemerintah dan syarikat korporat di rumah, ia bukan sahaja nampak tidak profesional malah mengganggu ketenteraman keluarga saya.



Setelah mengetahui mengenai khidmat rangkaian pejabat bersama, Regus, saya mendapatkan khidmat kemudahan pejabat di Regus yang terletak di Tampines Junction,''
- Encik Hazriq Idrus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >