Jumlah pelaburan dijangka rendah tahun ini

NORHAIZA HASHIM

SINGAPURA dijangka menarik jumlah pelaburan dan menjana bilangan pekerjaan mahir lebih rendah tahun ini hasil pelaburan syarikat-syarikat asing di Singapura disebabkan tenaga buruh dan tanah yang terhad.

Jumlah pelaburan aset tetap (FAI) dijangka mencecah $10-$12 bilion tahun ini dan menjana 14,000-16,000 pekerjaan mahir, menurut Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).

Tahun lalu, negara ini berjaya menarik pelaburan $12.1 bilion, berbanding $16 bilion pada 2012.

Jumlah pekerjaan mahir yang dijana tahun lalu mencapai 21,400, berbanding 18,600 pada 2012.

Di sebalik pelaburan lebih rendah, EDB menegaskan Singapura kekal sebagai destinasi menarik bagi syarikat-syarikat asing yang ingin memanfaatkan potensi pelaburan di Asia.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:22
3 HR PSI: 77
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.