EKONOMI
Kadar pinjaman rumah dijangka susut selepas Fed turunkan kadar faedah
Penurunan pertama sejak lebih berdekad; pakej kadar faedah tetap telah mencapai paras yang menarik
Aug 02, 2019 | 05:30 AM
PEMILIK rumah serta pembeli rumah baru yang ingin mendapatkan pakej pinjaman bank boleh menjangkakan kadar lebih rendah setelah Lembaga Simpanan Federal (Fed) Amerika Syarikat menurunkan kadar faedah semalam.
Malah, beberapa bank di Singapura telah menurunkan kadar pinjaman perumahan lebih awal kerana menjangkakan penurunan itu.