Keuntungan Second Chance pada suku pertama naik kepada $2.12j
Kenaikan hampir 10 kali ganda berbanding tempoh sama setahun lalu
Dec 28, 2019 | 05:30 AM
SYARIKAT tersenarai di Bursa Singapura (SGX), Second Chance Properties, mencatatkan keuntungan bersih sebanyak $2.12 juta pada suku pertama tahun kewangan 2020, yang berakhir pada November lalu.
Angka itu hampir 10 kali ganda berbanding keuntungan $0.22 juta pada tempoh sama yang dicatatkan tahun lalu, menurut kenyataan syarikat itu di SGX.