CABARAN F&B
Koh Poh Koon: Teroka format tidak perlukan ramai pekerja
Jun 21, 2016 | 05:30 AM
SATU kajian dijalankan terhadap 216 perniagaan makanan dan minuman di sini menunjukkan hanya 60 peratus perniagaan itu dapat bertahan dalam tempoh lima tahun setelah beroperasi.
Kebanyakan perniagaan F&B kecil - yang didefinisikan sebagai perniagaan yang mencatatkan pendapatan tahunan kurang $1 juta - mengalami kerugian dan beroperasi pada kadar kerugian sebanyak 8 peratus setahun.