SATU kursus latihan bagi ketua korporat dan pemimpin pasukan pemberi khidmat telah dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dengan tujuan menjadikan perniagaan lebih mesra keluarga.
Ini menyusuli kursus latihan serupa bagi pekerja pemberi khidmat - seperti penyambut tamu, pekerja pembersihan dan jurujual - yang dilancarkan tahun lalu.