LEBIH 90 peratus ruang runcit pusat beli-belah The Seletar Mall telah pun disewakan walaupun ia akan hanya dibuka pada pertengahan November ini.
Tiga peruncit utama yang baru, Uniqlo, BHG dan Amore Fitness, akan menyewa ruang di pusat itu di samping peruncit lain yang telah menunjukkan komitmen sebelum ini seperti FairPrice Finest, Shaw Theatres dan Foodfare.