SEKITAR 93 peratus pemilik rumah akan membayar cukai hartanah lebih rendah tahun depan ekoran nilai hartanah tahunan yang merosot sejajar dengan pasaran sewa.
Semua pemilik flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan membayar cukai hartanah lebih rendah atau tidak perlu membayar cukai hartanah langsung, menurut kenyataan Penguasa Hasil Mahsul Dalam Negeri (Iras) semalam.