DUA atau tiga tahun lalu, tidak pernah terlintas di fikiran Encik Suhaimi Sukiman, pemilik syarikat kopi dan kafe, Dutch Colony Coffee Co, dapat meluaskan perniagaan ke pusat beli-belah ekoran kos sewa yang sangat tinggi.
Namun, apabila ruang runcit di pusat beli-belah terjejas oleh ekonomi lembap, syarikat itu mendapat peluang membuka kafenya yang pertama di sebuah pusat beli-belah - UE Square Mall - pada tahun lalu.