Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Malaysia Fest 2019 sasar jualan $3 juta, 90,000 pengunjung

Jul 18, 2019 | 05:30 AM



PAMERAN produk dan perkhidmatan Malaysia Fest tahun ini mempunyai sasaran untuk mencatatkan jualan sebanyak $3 juta dengan jumlah pengunjung 90,000 orang.



Tahun lalu, 87,000 pengunjung telah mengunjungi Malaysia Fest 2018, satu acara tahunan anjuran MegaXpress International Pte. Ltd. dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).



Sebanyak RM8.4 juta ($2.7 juta) pula dibelanjakan sepanjang empat hari acara itu, yang diadakan di Singapore Expo.



Ini merupakan kenaikan 22 peratus berbanding acara tahun sebelumnya, iaitu 2017.



Dalam sidang media kelmarin, Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Encik Edzuar Zar Ayob, berkata beliau berharap dengan adanya Malaysia Fest, lebih ramai warga Singapura akan memilih Malaysia sebagai destinasi percutian.



"Tahun lalu, 38 peratus daripada pelancong yang ke Malaysia merupakan warga Singapura, ini bermakna warga Singapura antara pelancong teratas di Malaysia," katanya.



"Tahun ini, hanya dari Januari hingga Mei sahaja, seramai 4.36 juta pelancong telah ke Malaysia, dengan warga Singapura merangkumi 39.8 peratus daripadanya," tambah beliau.



Selain reruai makanan, kecantikan dan fesyen, terdapat juga reruai berkonsepkan pavilion mengikut negeri-negeri di Malaysia yang akan membawa produk perkhidmatan dan pakej perlancongan.



"Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan Scoot, Firefly, Malindo Air dan Malaysia Airlines untuk meningkatkan lagi jumlah penerbangan dari Singapura ke Malaysia," kata Encik Edzuan.



Malaysia Fest 2019 akan mempunyai sebanyak 223 reruai, 23 daripadanya adalah reruai milik Fama.



Walaupun bilangan reruai itu lebih rendah, berbanding 255 reruai tahun lalu, Pengerusi Fama, Encik Ishak Ismail, yakin acara itu tetap akan mencapai sasaran jualan.



"Jenis-jenis produk yang kami kenalkan tahun ini lebih daripada mencukupi seperti Kopiesatu's Kanchong Darat Coffee (KDC), dan produk yang melambangkan negeri-negeri di Malaysia yang akan menolong melonjakkan jualan.



"Antara buah eksotik yang jarang dijumpai di Singapura yang boleh anda dapat di Malaysia Fest adalah longan kristal dan tarap," dedah Encik Ishak.



Selain membeli-belah, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai hiburan yang akan disediakan.



Antaranya persembahan tarian dan demonstrasi kraf tangan.



Terdapat juga cabutan bertuah pada 28 Julai jika anda belanja sekurang-kurangnya $50 di reruai pameran, serta beg berisi makanan percuma bernilai $10 kepada 250 pengunjung pertama setiap hari.



Sementara itu, antara selebriti yang akan membuat kemunculan di Malaysia Fest 2019 adalah Noraniza Idris, Fahrin Ahmad, Syamel, Dato Jefri Din, Ziana Zain, Nabila Huda dan ramai lagi.



Malaysia Fest 2019 akan berlangsung pada 25 hingga 28 Julai di Singapore Expo, Dewan 6A, dari 10 pagi hingga 10 malam.



Masuk adalah percuma.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >