Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

MAS, Bank Indonesia lanjutkan susunan kewangan dua hala AS$10 bilion untuk setahun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MAS, Bank Indonesia lanjutkan susunan kewangan dua hala AS$10 bilion untuk setahun

Nov 05, 2019 | 02:44 PM



PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) dan Bank Indonesia hari ini (5 November) mengumumkan lanjutan susunan kewangan dua hala bernilai AS$10 bilion ($13.59 bilion) untuk setahun lagi.



Lanjutan itu ekoran persetujuan awal antara Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo dan Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong di Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia pada 8 Oktober lalu bagi melanjutkan susunan itu buat setahun lagi.



Susunan kewangan dua hala itu dibentuk buat pertama kali pada November tahun lepas untuk membolehkan kedua-dua pusat bank mengakses kecairan mata wang asing oleh satu sama lain, jika perlu, untuk memastikan kestabilan kewangan.



Susunan itu merangkumi dua persetujuan. Salah satunya adalah persetujuan pertukaran dua hala mata wang tempatan yang membolehkan pertukaran mata wang tempatan antara pusat bank sehingga $9.5 bilion atau 100 trilion rupiah.



Satu lagi persetujuan ialah  persetujuan sebanyak AS$3 bilion bagi membolehkan pembelian semula urus niaga antara dua pusat bank untuk meraih wang tunai dolar Amerika menggunakan bon pemerintah negara terkemuka sebagai cagaran. 



Ini termasuk bon-bon pemerintah Amerika Syarikat, Jepun dan Jerman.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >