PERSIDANGAN Perniagaan Melayu Islam (MMBC) anjuran Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) yang keempat akan diadakan pada 28 Mei ini, dengan tumpuan khas diberikan kepada isu-isu berkaitan Masyarakat Ekonomi Asean (AEC).
Ini sejajar dengan pembentukan AEC tahun ini yang dijangka membuka banyak peluang mahupun cabaran kepada syarikat setempat, termasuk peniaga Melayu/Islam.