KESAN BREXIT TERHADAP PAUN
Mata wang paun terus hadapi tekanan berbanding dolar S'pura
Jun 29, 2016 | 05:30 AM
LONDON: Mata wang paun terus tertekan berbanding dolar Singapura dan mata wang dolar Amerika menyusuli keputusan Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) walaupun ia pulih sedikit semalam.
Kejatuhan mata wang paun telah mendorong pelabur mencari aset lindung nilai seperti yen, emas dan hutang pemerintah berisiko rendah.