Pembukaan ekonomi bagi Fasa Kedua telah membolehkan sebahagian besar perniagaan memulakan perniagaan mereka semula. Namun, di sebalik pembukaan itu, beberapa perniagaan masih menghadapi kelembapan kerana mereka bergantung kepada bilangan pelanggan yang besar mahupun pelancong ke Singapura. Lantas, mereka masih berniaga di bawah kapasiti sebenar mereka sebelum Covid-19. BERITA MINGGU meninjau bagaimana mereka menampung kekurangan itu.
SYARIKAT teknologi permainan 'Escape Room', Amazing Chambers Singapura, baru memulakan operasi selama lima bulan di Gedung Kuning dan menjadi daya tarikan permainan nombor 1 di Singapura di Tripadvisor, apabila perlu ditutup sejak Februari lalu akibat Covid-19.