Niaga berkembang dek dapur pusat
Langkah menyewa atau melabur dalam sebuah dapur pusat merupakan usaha bagi mengembangkan perniagaan. Tidak terhad dengan ruang rumah yang kecil mahupun gerai perniagaan yang sempit, beberapa firma Melayu/Islam menunjukkan mereka berupaya meningkatkan wawasan bagi mendapatkan projek lebih besar. NORHAIZA HASHIM (norhaiza@sph.com.sg) menemuramah tiga firma yang menyediakan khidmat berbeza iaitu sebuah katering perkahwinan, firma penyedia makanan tingkat selepas bersalin dan syarikat pengilang makanan beku.
KIAN ramai pemilik syarikat makanan dan minuman (F&B) serta katering kini sanggup mengeluarkan belanja besar untuk melabur dalam dapur pusat sebagai strategi mengembangkan perniagaan.