Pelajar menengah ikuti program pupuk semangat keusahawanan

SEJAJAR dengan keperluan ekonomi masa depan, 21 pelajar menengah meluangkan waktu cuti sekolah selama tiga hari bermula semalam untuk memupuk kemahiran keusahawanan.

Mereka antara lain belajar mengenai koding dan menyampaikan idea perniagaan mereka kepada sekumpulan 'pelabur' dalam Program E.L.L.Y@SENSE anjuran Mendaki Sense.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan