Pelanggan OCBC boleh keluarkan wang di 7-Eleven, Berita Ekonomi & Kerja - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Ekonomi & Kerja0

Pelanggan OCBC boleh keluarkan wang di 7-Eleven

Mar 18, 2016 | 05:48 PM

PELANGGAN OCBC Bank kini boleh mengeluarkan wang sehingga $100 apabila mereka membuat pembelian di kedai serbaneka 7-Eleven.

OCBC berkata, pelanggan boleh mengeluarkan wang tersebut dengan kad ATM bank itu, kad debit atau kad kredit yang mempunyai kaitan dengan akaun bank mereka.

Namun, pengeluaran itu bergantung kepada jumlah wang tunai yang ada dalam kedai tersebut dan had pengeluaran harian pelanggan.

Khidmat itu disediakan di semua kedai 7-Eleven melainkan di Lapangan Terbang Changi dan stesen-stesen petrol Shell, kata OCBC dalam satu kenyataannya hari ini.

Lebih 400 kedai 7-Eleven telah disertakan dalam rangkaian e-saluran OCBC, bermakna para pelanggan boleh mengeluarkan wang tunai daripada sekitar 2,000 lokasi khidmat layan diri.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map