Pemberhentian pekerja berkurang suku pertama 2016
Apr 29, 2016 | 05:30 AM
BILANGAN pekerja yang diberhentikan pada suku pertama tahun ini berkurangan berbanding suku terakhir tahun lalu, menurut perangkaan awal Kementerian Tenaga Manusia (MOM).
Seramai 4,600 pekerja diberhentikan dari Januari hingga Mac tahun ini, berbanding 5,370 dari Oktober hingga Disember tahun lalu.