Pemerintah turunkan ramalan ekon tahun ini, setelah suku pertama S'pura kuncup 2.2%
Ekonomi negara dijangka meleset, terjerumus di bawah paras sifar antara -4 hingga -1 peratus untuk 2020
Mar 27, 2020 | 05:30 AM
EKONOMI Singapura menguncup 2.2 peratus bagi suku pertama dari Januari hingga Mac tahun ini, mendorong pemerintah menurunkan ramalan ekonomi tahun ini kepada -4 hingga -1 peratus.
Ia mencerminkan bahawa ekonomi negara ini akan terjerumus dalam kemelesetan buat pertama kali sejak dua dekad.