KESAN RAMADAN KE ATAS PERNIAGAAN
Pemilik khidmat kahwin jana usaha sampingan lain
Ramdan membawa kesan berbeza bagi peniaga dalam pelbagai sektor. NORHAIZA HASHIM (norhaiza@sph.com.sg) dan ATIYYAH MOHD SAID (atiyyahm@sph.com.sg) meninjau kesan bulan puasa terhadap peniaga Melayu/Islam dalam sektor andaman, pelancongan, makanan dan spa.
Jun 15, 2016 | 05:30 AM
WALAUPUN perniagaan khidmat perkahwinan dan katering Cik Masnah Rawi sepi semasa Ramadan, beliau tidak berdiam diri.
Sejak lima tahun lalu, pemilik syarikat MC(Mas) Creations itu telah membuka gerai menjual roti boyan di bazar Ramadan di Geylang Serai.